Transformasi dan inovasi banyak berlaku dalam dunia
penyelidikan linguistik. Yang dimaksudkan dengan transformasi dan inovasi ialah
perubahan dalam kajian linguistik. Perubahan berlaku dari segi kaedah kajian,
penggunaan data yang empirikal, pengaplikasian teori linguistik, penghasilan
analisis linguistik kritis dan lain-lain. Contoh bentuk transformasi dan
inovasi yang berlaku pada hari ini antara lain ialah penggabungan dua atau
lebih bidang dalam subdisiplin linguistik atau dikenali juga sebagai kajian
yang bersifat antaramuka, kaedah penyelidikan antara disiplin dan sebagainya.
Sehubungan ini, PALing @ UKM 2012 mengambil peluang menghimpunkan
pengkaji-pengkaji bahasa mempersembahkan hasil analisis transformasi dan
inovasi linguistik mereka.
Transformations and innovations happen regularly in
the world of research in linguistics. Transformation and innovation meant here
is a change in linguistic studies. The changes occur in terms of research
methods, the use of empirical data, the application of theories of linguistics,
the production of critical linguistic analyses, and so forth. The
examples of the transformation and innovation going on today, among others, are
the merging of two or more areas in the sub-discipline of linguistics which is
also known as interface research, interdisciplinary research methods etc.
Therefore, PALing @ UKM 2012 takes the opportunity to bring together language
researchers to share their findings on transformation and innovation in
linguistics.